-->

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Friday, 20 April 2012

7 makanan ANTI PENYAKIT


Setiap penyakit ada ubatnya melainkan mati. Dan jika Tuhan mentakdirkan penyakit datang ke atas makhluk dan hambaNya, maka tiada siapa dapat menghalangnya. Cuma kita disuruh berikhtiar untuk menghindari penyakit.

Bukan setiap jenis makanan dapat melindungi tubuh dari penyakit, beberapa di antaranya ada yang berfungsi sebagai pembekal tenaga, penyokong proses metabolisme tubuh dan sebagainya.

Tujuh jenis makanan di bawah ini insyaAllah boleh membantu tubuh anda terhindar dari penyakit secara alamiah jika sentiasa mengamalnya.

Madu

Makanan yang dihasilkan oleh lebah ini berfungsi sebagai antibiotik alamiah dan antiseptik. Selain mengandungi pelbagai vitamin dan mineral, madu juga mengandungi zat pemacu kekebalan tubuh. Biasanya madu digunakan untuk mengubati alergi, asma, dan masalah pernafasan lain.

Yogurt

Bakteria baik seperti Acidophilus dan bifidus yang terdapat dalam yogurt berperanan mengurangkan pertumbuhan bakteria jahat dalam usus, memperbaiki fungsi kekebalan tubuh serta merangsang pengeluaran vitamin K.

Bawang putih

Kandungan allicin dalam bawang putih boleh berperanan sebagai antivirus dan antibakteria.

Cili Merah (Cayenne)

Cili Merah @ Cayenne dapat merangsang peredaran darah dan mengubati beberapa penyakit pencernaan. Makanan ini mempunyai kadar vitamin A, B, C, kalsium, dan potasium yang tinggi.

Asam dan alkalin

Campuran asam atau alkalin yang seimbang didakwa memperbaiki pencernaan dan membantu penyembuhan. Contohnya minuman perahan limau yang dicampur dengan air hangat.

Sayuran hijau

Kobis, swiss chard, dan bayam merupakan beberapa bentuk sayur-sayuran hijau yang mengandungi vitamin B12, asam folat, potassium, vitamin A, C, dan K, yang semuanya dikenali boleh meningkatkan kekebalan tubuh.

Halia

Jenis makanan ini boleh membantu mengeluarkan peluh, meneutralisasi racun, menurunkan demam, mencetuskan pelepasan lendir dan berkesan untuk melegakan pernafasan dan saluran paru-paru.



Posted by hamba Allah
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Archive

  • ▼  2012 (46)
    • ►  June (5)
    • ▼  April (41)
      • Kisah Bau Kasturi & Zina
      • Hadis Peringatan Jauhi Zina
      • 8 Nasihat Umar Bin Khattab Ra
      • WANITA dan PERFUME
      • 10 wasiat Rasulullah khas untuk wanita
      • Ciri-ciri bidadari syurga dalam al-Quran
      • Hukum wanita menari di khalayak ramai
      • Bila Sifat Malu Tidak Berfungsi
      • Hukum orang kafir membaca Al-Quran
      • Ketika Allah Mencipta Wanita…
      • TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM
      • Rumah tangga bukan restoran
      • Perempuan Yang Sembahyang Jumaat
      • Lima Tanda Hati Keras Membatu
      • Kedekut undang 7 keburukan
      • Jenis-jenis Cinta dalam Islam
      • Kahwin Kerana Apa?
      • Gangguan Syaitan Ketika Sakaratul Maut
      • 15 Anugerah Allah pada Wanita
      • 8C Yang Dibenci Suami
      • Dosa gugur apabila suami isteri bersalam
      • Siapa Mustafa Kamal Ataturk?
      • 5 FAKTA UNTUK ANDA PERCAYA ATAU TIDAK
      • teka-teki Imam Al-Ghazali
      • Menjadi suami isteri di akhirat kelak?
      • kasihnya AYAH
      • Golongan Yang Masuk Syurga Tanpa Hisab
      • Ciri-ciri isteri solehah
      • Bayi Yang Boleh Bercakap
      • Ibu Bapa
      • hari ibu HARAM?
      • KISAH BENAR..Mayat Baca Yasin..
      • HURAISY???
      • Cinta
      • tanda-tanda AWAL Kanser
      • AMALAN 7 KALIMAT
      • sabda KEKASIH
      • air sembahyang
      • ASSALAMUALAIKUM
      • Mengaoa Rasulullah SAW melarang MINUM SAMBIL BERDIRI?
      • 7 makanan ANTI PENYAKIT

lagu

About Me

My photo
hamba Allah
Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang, yang melabuhkan cintanya pada-MU, untuk mencintai-MU Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya, agar tidak melebihi cintaku pada-MU Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hhatinya tertaut pada-MU agar tidak terjatuh aku dalam jurang semu.. Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta, jagalah hatiku padanya, agar tidak berpaling daripada-MU Ya ALLAH, sesungguhnya aku memohon pada-MU untuk selalu mencintai-MU....
View my complete profile

Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.