-->

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Wednesday, 25 April 2012

Hukum orang kafir membaca Al-Quran


Pengarang kitab فيض الرحمن في الأحكام الفقهية الخاصة بالقرآن Dr Ahmad Salim menyebut dalam kitabnya seperti berikut:

Hukum orang kafir membaca al-Quran

Terdapat dua pendapat dalam perkara ini:

Pendapat pertama: Haram bagi orang kafir zimmi atau yang lainnya untuk membaca al-Quran. Ini Ini kerana mereka yang lebih patut ditegah dari orang yang berjunub. Ini adalah mazhab Hambali.

Pendapat kedua: Harus bagi orang kafir untuk membaca al-Quran kerana dia tidak percaya kepada kehormatannya.

Ini adalah mazhab Syafie. Pengarang kitab حاشية البجيرمي mensyaratkan supaya orang kafir tersebut diharap untuk masuk Islam. (habis kalam Dr Ahmad)

Apabila dilihat dalam kitab-kitab utama dalam mazhab Syafie saya menemui seperti berikut:

Imam Ramli dalam kitabnya نهاية المحتاج berkata:“Orang kafir tidak ditegah untuk membaca al-Quran kerana dia tidak percaya kepada kehormatannya.”

Pengarang kitab مغني المحتاج Imam Muhammad as-Syarbini telah berkata:“ Perkara kedua yang dilarang bagi orang berjunub adalah membaca al-Quran bagi orang muslim. Adapun orang kafir tidak ditegah membaca kerana dia tidak percaya kepada kehormatannya seperti yang disebut oleh al-Mawardi.”

Al-Bujairimi berkata dalam kitabnya حاشية البجيرمي على شرح منهج الطلاب :

“Tidak ditegah orang kafir berjunub untuk duduk di mesjid dan membaca al-Quran. Adapun orang kafir yang berhaid dan bernifas dilarang membaca Quran dan duduk di masjid.”

Kalau kita lihat, sebab kepada tidak ditegah orang kafir yang berjunub membaca al-Quran dan duduk di masjid adalah sebab yang sama iaitu mereka tidak percaya kepada kehormatan masjid dan al-Quran.

Pengharusan orang kafir adalah berdasarkan hadis yang mana Nabi saw telah menahan orang-orang musyrikin di masjid. Hukum orang kafir telah saya sebut dalam artikel yang lepas. Boleh cari dalam arkib.

Rujukan: فيض الرحمن في الأحكام الفقهية الخاصة بالقرآن oleh Dr Ahmad Salim, نهاية المحتاج oleh Imam Ramli, مغني المحتاج oleh Imam Muhammad as-Syarbini dan حاشية البجيرمي على شرح منهج الطلاب oleh al-Bujairimi.

Sekali lagi sy mengucapkan terima kasih kepada mereka yg menyumbang untuk beli kitab2rujukan. Dipersilakan siapa yg ingin meyumbang lagi. Banyak lagi kitab diperlukan.

Posted by hamba Allah
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Archive

  • ▼  2012 (46)
    • ►  June (5)
    • ▼  April (41)
      • Kisah Bau Kasturi & Zina
      • Hadis Peringatan Jauhi Zina
      • 8 Nasihat Umar Bin Khattab Ra
      • WANITA dan PERFUME
      • 10 wasiat Rasulullah khas untuk wanita
      • Ciri-ciri bidadari syurga dalam al-Quran
      • Hukum wanita menari di khalayak ramai
      • Bila Sifat Malu Tidak Berfungsi
      • Hukum orang kafir membaca Al-Quran
      • Ketika Allah Mencipta Wanita…
      • TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM
      • Rumah tangga bukan restoran
      • Perempuan Yang Sembahyang Jumaat
      • Lima Tanda Hati Keras Membatu
      • Kedekut undang 7 keburukan
      • Jenis-jenis Cinta dalam Islam
      • Kahwin Kerana Apa?
      • Gangguan Syaitan Ketika Sakaratul Maut
      • 15 Anugerah Allah pada Wanita
      • 8C Yang Dibenci Suami
      • Dosa gugur apabila suami isteri bersalam
      • Siapa Mustafa Kamal Ataturk?
      • 5 FAKTA UNTUK ANDA PERCAYA ATAU TIDAK
      • teka-teki Imam Al-Ghazali
      • Menjadi suami isteri di akhirat kelak?
      • kasihnya AYAH
      • Golongan Yang Masuk Syurga Tanpa Hisab
      • Ciri-ciri isteri solehah
      • Bayi Yang Boleh Bercakap
      • Ibu Bapa
      • hari ibu HARAM?
      • KISAH BENAR..Mayat Baca Yasin..
      • HURAISY???
      • Cinta
      • tanda-tanda AWAL Kanser
      • AMALAN 7 KALIMAT
      • sabda KEKASIH
      • air sembahyang
      • ASSALAMUALAIKUM
      • Mengaoa Rasulullah SAW melarang MINUM SAMBIL BERDIRI?
      • 7 makanan ANTI PENYAKIT

lagu

About Me

My photo
hamba Allah
Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang, yang melabuhkan cintanya pada-MU, untuk mencintai-MU Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya, agar tidak melebihi cintaku pada-MU Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hhatinya tertaut pada-MU agar tidak terjatuh aku dalam jurang semu.. Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta, jagalah hatiku padanya, agar tidak berpaling daripada-MU Ya ALLAH, sesungguhnya aku memohon pada-MU untuk selalu mencintai-MU....
View my complete profile

Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.